Huhu...pejamcelik pejamcelik laghoinsaf laghoinsaf, akhirnye masuk la jgk tarikh yg ditunggu2..(yeke nih..)..12 Mac? Tidak..tu citer lain bang..
Pada hari yg cukup bermakne nih, ape kate kite luangkan mase sedikit utk menghayati kembara Rasulullah S.A.W utk menyampaikan risalah tauhid kpd dunia. Di sini, aku nak rekemen satu buku yg dikarang oleh Zuraimi Ismail, iaitu Putera Lembah Bakkah.
Buku ni dri segi bahasanya mmg cukup indah dan mmg membuatkan kite x lepas tangan..selain tu, ade jugak cerita tentang sebelum perkahwinan bapa dan ibu Rasulullah, Abdullah dan Aminah..dan juga cerita Abdullah dan Abdul Mutalib, datuk Rasulullah. So kalau korg ade chance, cari la buku tuh..mmg best.
Menjd warga KISAS, mmg x putus2 diigtkn ttg sirah perjuangan Rasulullah..tp x ramai yg tahu cerita ttg bapa dan datuk Rasulullah..jd kt sini aku bkn sekadar nak ceritakan sirah Rasulullah, tp nak jgk ceritakan ttg kejadian sblm Rasulullah dilahirkan..maka, layan..zass
Ketika Abdul Mutalib menggali Zamzam, Quraish menghalangnya. Ketika itu hanya ada seorang anak lelaki iaitu Harist yang mempertahankannya. Dia merasa lemah dan kurang, tidak seperti orang lain yang banyak anak lelaki.
Bahkan ketika itu ada yang berkata kepadanya,"Wahai Abdul Mutalib apakah kamu berani menyanggah kami sedangkan kamu sendiri tidak punya anak-anak lelaki yang boleh mempertahankan kamu".
Selepas Quraish mengakui Zamzam kepunyaannya, dia bernazar kalau Allah kurniakan 10 orang anak lelaki kepadanya dia akan korbankan salah seorang dari mereka. Allah kabulkan doanya, Abdul Mutalib mendapat 10 orang anak lelaki. Yang kesepuluh, Abdullah ayahanda Rasulullah Saw.
Anak-anak lelaki Abdul Mutalib ialah:
1. Harist
2. Saidina Abbas
3. Saidina Hamzah
4. Abu Talib
5. Abu Lahab
6. Hijin
7. Dhirar
8. Muqaddam
9. Zubair
10. Abdullah
Antara anak lelakinya yang masuk Islam ialah Saidina Abbas dan Saidina Hamzah. Yang tidak masuk Islam ialah Abu Talib(nama sebenarnya Abdul Manaf), Abu Lahab(nama sebenarnya Abdul U'zza). Mereka berdua ini sempat bertemu dengan Islam tapi tidak masuk Islam. Yang mati sebelum Islam ialah Abdullah (ayahanda Rasulullah Saw), Hijin, Dhirar, Muqaddam, Zubair dan Harist. Anak anak perempuannya pula, Sofiyah, Umu Hakem, Atikah, Umaimah, Arwa dan Barrah.
Apabila Abdullah telah dewasa, Abdullahlah anak yang paling disayanginya. Ketika Abdul Mutalib tawaf di kaabah ketika itu, diikuti dibelakangnya sepuluh orang anak-anak lelakinya yang gagah. Dia bersyukur kepada Allah dan sampailah masanya untuk dia menunaikan nazarnya. Abdul Mutalib pun pergilah berjumpa Kahin - pendeta Kaabah untuk memintanya membuat undian kepada anak-anaknya siapa yang akan jadi korban. Dalam hati Abdul Mutalib, janganlah terkena pada Abdullah. Tetapi undian terkena juga kepada Abdullah.
Walaupun dengan hati yang berat dan hiba, Abdul Mutalib nekad untuk melaksanakan nazarnya. Orang sepertinya tak mungkin mungkir dengan nazarnya. Akhirnya dibawalah Abdullah dekat dengan Esaf untuk disembelih disitu. Apabila Quraish ternampak hal itu, Quraish menahannya. Namun Abdul Mutalib berkeras juga. Dalam kekecohan itu, kejadian tolak-menolak antara Abdul Mutalib dan Quraish menyebabkan kepala Abdullah terluka. Sebab itulah Abdullah ini terkenal dengan gelaran Al-Asyaj iaitu 'yang berparut dikepala'.
Quraish terus memujuk Abdul Mutalib dengan berkata,"Wahai Abdul Mutalib, engkau ketua Mekah. Kalau engkau sembelih juga anak engkau, nanti hal ini akan jadi sunnah dan teradisi kepada Arab, di mana barangsiapa yang mendapat sepuluh orang nak lelaki perlu menyembelih salah seorang darinya. Inikan hal yang berat dan menghilangkan kebahagiaan. Kalau masing-masing sembelih anak lelaki sendiri, dimana kebahagiaan lagi. Jangan buat wahai Abdul Mutalib, nanti jadi sunnah".
Tetapi Abdul Mutalib sudah bernazar dan dia mesti tunaikan nazarnya.
Akhirnya dirujuk hal ini kepada pendeta Bani Saad. Pendeta ini bertanyakan jumlah diat (ganti rugi kepada orang yang dibunuh) seorang lelaki yang merdeka pada Quraish. Kata mereka 10 ekor unta betina.
Kata pendeta,"Kalau begitu, buatlah undian antara Abdullah dan 10 ekor unta. Kalau undian kena pada Abdullah tambah lagi 10 ekor unta sampailah undian kena pada unta".
Akhirnya 10 kali undian terkena Abdullah dan undian yang kesebelas terkena kepada unta. Maka Abdul Mutalib menyembelih 100 ekor unta sebagai ganti kepada anak kesayangannya, Abdullah.
Sebab itulah Rasulullah ada menyebut : أنا ابن الذبيحين
"Aku ini anak kepada dua orang yang hendak disembelih".
Yang pertama Nabi Ismail AS dan yang kedua Abdullah, ayahanda Baginda. Oleh kerana pada kedua-duanya ini akan berlaku Jadual Allah, maka Allah selamatkan kedua-duanya dari disembelih.
Begitulah nasab Rasulullah ialah nasab yang paling mulia. Rasulullah dari bangsa Arab, bangsa yang Allah pilih untuk menegakkan Islam, dan Allah pilih bahasa Arab sebagai bahasa Al Quran. Rasulullah datang dari kabilah yang paling mulia dalam bangsa Arab. Imam Tarmizi ada meriwayatkan satu Hadis.
أنه صلى الله عليه وسلم قام على الممبر فقال من أنا, فقالوا أنت رسول الله عليك السلام فقال أنا أنا محمد بن عبد الله بن عبد المطلب . إن الله خلق الخق ثم جعلهم فرقتين فجعلني من خيرهم فرقة ثم جعلهم قبائل فجعلني في خيرهم قبيلة ثم جعلهم بيوتا فجعلني في خيرهم بيتا وخيرهم نفسا
Maksudnya: Bahawa pernah Rasululah Saw naik keatas mimbar dan bertanya "Siapakah aku?". Kata para sahabat,"Kamu Rasulullah, kesejahteraan ke atas kamu". Kata Rasulullah "Aku Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya Allah menjadikan makhluknya dan menjadikan mereka dua kumpulan dan Allah jadikan aku dari kumpulan yang terbaik. Kemudian Allah menjadikan mereka berbagai kabilah kemudian Allah melahirkan aku dari kabilah yang paling baik kemudian Allah menjadikan mereka rumah rumah dan Allah menjadikan aku dari rumah yang paling baik dan manusia yang paling baik."
Sumber: http://kawansejati.ee.itb.ac.id/aggregator/sources/16
Edit oleh: Aku sendiri yg edit...
Jadi begitulah kisah bapa dan datuk Rasulullah...begitu teguhnye berpegang pada janji. Dan akhirnya dengan keturunan yg mulia ini, lahirlah junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Salah dan silap dalam penulisan dan editing harap dimaafi.. sori sbb pceritaan kurg menarik.. Senang2 beli je lah Putera Lembah Bakkah karangan Zuraimi Ismail yek.
Marilah same2 bselawat ke atas Nabi kite..huhuhu..Allahumma salli ala saidina Muhammad..

7 reapers:
haish. baru ku tau.
trimas ya untuk info bmakne itu.
aku pom bru taw..
tanx ea..
no probssss
wah azam enta ada buku ni??
huhu..bgus2 memg best cter ni..ana pun ada bli jgk..
tahniah coz rajin wat post pasal ni..huhu
Cintailah Rasulullah...
ya Allah..
weh!
aku mne de buku tuh..
yg aku bce kt asrama tuh buku ko la..
yg ko duk tinggal atas katil epul tuh.
bwk buku tu kt kisas time amik result leh x?
ko dtg ari rabu kan?
erk. gud luck for ur spm... hee~
esok kan?huhu
huhuh..
tengkiu.
ni sape?
Post a Comment